Monthly Archives: June 2018

Salam Aidilfitri 2018

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNYA kita dijangka bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri pada 15Jun2018 ini.

Di kesempatan ini, saya mewakili pengurusan dan warga kerja Digital Pulse Sdn Bhd ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat para pelangan, rakan niaga, sahabat serta kenalan sekalian.

Semoga Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran yang hakiki selain mendapat keampunan atas dosa-dosa yang lalu. Di doakan kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah serta dipermudahkan segala urusan.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

 

 

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Fazli

CEO – Digital Pulse Sdn. Bhd.

 

 

WordPress Image Lightbox Plugin